Sahabat seulaweut. Informasi selanjutnya masih berhubungan dengan sahabat
rasullullah yaitu 10 sahabat yang telah dijamin masuk surga. Berikut
infomasinya
![]() |
1. ABU BAKAR
ASH-SHIDDIQ
Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu'anhu (RA) adalah khalifah pertama,
setelah Nabi wafat. Beliau sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah, ke
manapun Nabi pergi, beliau selalu menyertainya. Termasuk saat Rasul dalam
perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang penuh dengan
risiko.
Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi. Beliau adalah orang pertama yang memeluk Islam. Tidak sulit
baginya untuk mempercayai ajaran Islam, kerana beliau tahu betul keagungan
ahklak Rasulullah. Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun ( 13 hijriah ). Beliau
dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah.
2. 'UMAR BIN KHATTAB:
'Umar bin Khattab RA adalah khalifah kedua. Beliau termasuk sahabat yang
sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, beliau dikenal sebagai seorang
yang gagah perkasa dan sering mabuk. Seluruh penduduk Makkah merasa takut
kepadanya.
Saat 'Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah.
Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluk dalam kurun waktu satu tahun
(636-637M). Pemimpin yang sederhana dan peduli pada rakyatnya ini, wafat
setelah dibunuh Abu Lukluk saat hendak memimpin shalat (23 H/644 M). Ia
dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah.
3. 'USTMAN BIN AFFAN:
'Ustman bin Affan RA adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat
kepemimpinannya,beliau berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya dalam
bentuk mushaf Al-Qur'an. 'Ustman bin Affan masuk Islam lewat ajakan Abu Bakar.
Beliau mendapat gelaran Dzun Nur 'Ain ( pemilik dua cahaya ), kerana menikahi
dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummu Kultsum.
'Ustman dikenal sebagai saudagar kaya dan dermawan. Beliau selalu menafkahkan
hartanya di jalan Allah. Saat berlakunya peperangan Tabuk, 'Ustman menyumbang
lebih daripada 940 ekor unta, kemudian membawa 60 ekor kuda untuk menggenapinya
menjadi 1000. 'Ustman wafat pada tahun 35H atau 655M.
4. 'ALI BIN ABI THALIB:
'Ali bin Abi Thalib RA dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah
orang yang pertama masuk Islam dari golongan anak-anak. Ali terkenal orang yang
sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas. Pada saat peristiwa hijrah, 'Ali
tidur di atas tempat tidur Nabi. Sehingga, para tentara Quraisy yang mengepung
rumah Nabi, mengira Nabi masih berada di dalam rumah. 'Ali wafat pada tahun 40
Hijrah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun
setelah shalat shubuh. Beliau meninggal dalam usia 63 tahun dan memegang
jawatan khalifah selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Irak.
5. THALHAH BIN ADDULLAH:
Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah.
Beliau berasal daripada suku Quraisy.
Saat terjadinya perang Uhud, Thalhah telah ikut serta. Dalam peperangan
tersebut beliau menderita kerana luka parah. Dia menjadikan dirinya sebagai
sebuah perisai bagi Rasulullah dan mengalihkan panah yang akan mengenai diri
Nabi dengan tangannya. Sehingga semua jari-jarinya putus. Thalhah wafat pada 36
H atau 656 M. Beliau syahid ketika mengikuti perang Jamal.
6. ZUBEIR BIN AWWAM:
Zubeir bin Awwam termasuk golongan yang pertama masuk Islam (as-sabiqun
al-awwalun). Usianya pada saat itu baru berumur 15 tahun. Pembelaannya terhadap
Islam begitu nyata. Zubeir tidak pernah tertinggal dalam berbagai pertempuran
bersama kaum muslimin. Beliau selalu berada di barisan hadapan medan
peperangan. Sekujur tubuhnya terdapat luka dari hasil peperangan. Beliau sangat
dicintai Rasulullah. Ketika terjadi perselisihan faham di antara kaum muslimin,
Zubeir tidak sedikitpun memihak yang berseteru. Ia malah berusaha
menyatukannya. Zubeir ditikam ketika sedang menghadap Allah, beliau wafat pada
tahun 36H atau 656M.
7. SA'AD BIN ABI WAQQAS:
Sa'ad bin Abi Waqqas memeluk Islam saat berusia 17 tahun. Ia sangat mahir
menunggang kuda dan memanah. Jika belia memanah musuh dalam sebuah peperangan
pastilah tepat sasarannya. Hampir seluruh peperangan beliau ikuti.
Saat awal memeluk Islam, ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum.
Dengan harapan, Sa'ad kembali ke ajaran nenek moyang. Namun, hampir sang ibu
menemui ajalnya, ancaman itu tetap tidak dihiraukan oleh Sa'ad. Beliau tidak
menjual keyakinannya dengan apapun, sekalipun dengan nyawa ibunya.
Pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Khatab, Sa'ad diangkat sebagai
panglima tentera. Sa'ad wafat pada usia 70 tahun (55H atau 676M). Beliau di
makamkan di tanah Baqi'
8. SA'ID BIN ZAID:
Sa'id adalah di antara sahabat yang beruntung. Dia masuk Islam bersama-sama
isterinya, Fathimah binti al-Khattab, adik perempuan 'Umar bin Khattab. Sa'id
membaktikan segenap daya dan tenaganya untuk berkhidmat kepada Islam. Ketika
memeluk Islam usianya belum genap 20 tahun.
Sa'id turun berperang bersama Rasulullah dalam setiap peperangan. Beliau
juga turut bersama kaum muslimin menjatuhkan dan meruntuhkan pemerintahan
[singasana] Kisra Persia. Sa'id pernah diperintahkan Rasulullah mengintip
aktiviti musuh. Beliau wafat dalam usia 70 tahun (51H atau 671M) dan di
makamkan di Baqi' Madinah.
9.'ABDURRAHMAN BIN 'AUF:
Beliau termasuk di antara sahabat Nabi yang mempunyai harta melimpah hasil
aktivitas perniagaan. Kejayaannya tidak membuat beliau lupa diri, sebaliknya
beliau selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah. Bahkan saat dia diberitakan
Rasulullah bahwa dirinya dijamin masuk surga, semangat sedekahnya makin
membara. Tak kurang dari 40.000 dirham perak, 40.000 dirham emas, 500 kuda
perang, dan 1.500 ekor unta beliau sumbangkan untuk perjuangan Islam.
Abdurrahman sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Beliau wafat pada umur
72 tahun(32H atau 652M) di Baqi'.
10. ABU 'UBAIDAH BIN JARRAH:
Rasulullah pernah memberikan pernyataan tentang Abu 'Ubaidah.
"Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya
kepercayaan umat ini adalah Abu 'Ubaidah," begitu kata Rasulullah. Abu
'Ubaidah orang yang amanah dan jujur dalam berperilaku.
Abu Ubaidah masuk Islam melalui perantara Abu Bakar Ash-Shiddik pada awal
kerasulan nabi Muhammad SAW. Ia beberapa kali dipercaya Rasul memimpin
peperangan. Ia wafat pada tahun 18H atau 639M.
Sahabat seulaweut demikianlah informasi 10 orang sahabat yang telah dijamin
masuk surga. Seoga kita juga menjadi salah satu penghuni surga nanti kelak.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Semua umatku akan masuk
surga kecuali yang tidak mau. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah,
siapakah orang yang enggan?” Beliau menjawab, Barangsiapa yang taat kepadaku
dia masuk surga dan barang siapa yang melanggar perintahku dia tidak mau.” (HR.
Bukhari)
Sahabat seulaweut. Kita bebas untuk memilih..! apakah ingin masuk surga
atau malah kita ingin masuk neraka. Itu semua tergantung pada amalan yaumiyah
kita, mari perbaiki ibadah kita insyaAllah kita semua akan masuk surga.







Post a Comment